Nota* Disebabkan perbincangan yang diadakan didalam Bahasa Malaysia entry kali ini ditulis menggunakan Bahasa Malaysia juga. :D
(Topik Asal!!!)
Pihak Iepov Telah tertarik dengan satu tajuk entry yang dibuka oleh 2DayBlogger iaitu 'Mengapa blog tidak popular macam Hanis Zalikha @ Cik Epal'. Dua Blog yang telah disebut tadi telah mencecah pupularitinya dengan mencatatkan angka visitor yang begitu banyak sekali. Dan baru2 ni kecoh kluar brita di Harian Metro yang Hanis Zalikha menjadi top carian kat Google dan mendahului Dato Siti Norhaliza. Penulis 2DayBlogger telah membuat jemputan secara terbuka kepada blogger2 lain untuk memberikan pendpat kepada beberapa persoalan yang bermain di minda para blogger sekalian.
-Penting ke populariti itu kepada blog?
-Kesan populariti kepada blog.
-Bagaimana populariti boleh meningkatkan traffic blog?
-bagaimana nak jadi Popular?
Penting ke populariti itu kepada blog?
-Sememangnya populariti amat penting di dalam mempromosikan sesebuah blog ataupun website.Samada populariti disumbang daripada blog itu sendiri ataupun daripada penulisnya. Cuba fikirkan kembali,mengapa anda mengunjungi sesebuah blog/website?adakah penulisnya cantik?adakah hasil tulisannya bagus?adakah anda hanya ingin meningkatkan jumlah traffic dengan meninggalkan ayat2 'touch n go' seperti "Singgah :D","Lawat awak", "Follow u,Follow me Back" di shoutmix mereka tanpa membaca entry mereka?Dengan harapan mereka datang kembali?.Kesimpulannya pihak Iepov bersetuju atas dasar dimana Populariti adalah amat penting kepada blog,Pihak Iepov juga sentiasa berusaha untuk meningkatkan populariti kami dengan pelbagai cara.Contohnya membuat video promosi rasmi IEPOV,dan juga sejak beberapa bulan yang lalu Pihak Iepov juga telah berusaha mempromosikan blog kami di pasaran luar,contohnya U.s dan Eropah(IEPOV adalah sebuah Blog Berbahasa Inggeris) Namun untuk menembusi pasaran tersebut amatlah sukar bagi blog yang tidak seberapa ini,namun Iepov tetap dapat meraih populariti daripada pasaran Malaysia kerana kami tahu blogger2 di Malaysia ini menyokong di antara satu sama lain,Sehinggakan hari ini kami tidak berputus asa untuk meningkat populariti blog.Kesimpulannya Populariti amatlah penting untuk sesebuah blog/website tidak kisah ia datang dari mana2 sumber.Asalkan ia boleh membuatkan orang melawat blog/web anda ia sudah cukup bagus!Dengan itu kuasailah ilmi meraih populariti,jadilah blogger yang kreatif dalam meraih populariti :D
Kesan populariti kepada blog/Bagaimana populariti boleh meningkatkan traffic blog?
Sememangnya populariti memberikan kesan kepada sesebuah blog.Kalau sesebuah blog tidak popular tidaklah ada orang yang akan melawat blog tersebut.Meraih populariti adalah satu unsur yang amat penting sekali di dalam membangunkan sebuah blog/web.Kerana populariti itu menyumbang kepada orang melawat blog/web kita dan ini menyumbang kepada traffic.Ini adalah satu unsur yang harus setiap blogger harus faham dan kuasai.Jadi IEPOV telah memberikan satu rumus mudah untuk difahami.
BLOG/WEB+POPULAR = PELAWAT = TRAFFIC = $$$
Kesimpulannya : POPULAR = PENTING!!!
bagaimana nak jadi Popular?
Banyak cara tentang bagaimana sesebuah blog/web itu boleh 'mempopularkan' blog/web mereka contohnya -bekerjasama dengan blogger lain,'Link Exchange'BlogWalking' etc....
-membuat promosi blog contohnya IEPOV telah melancarkan video promosi
-Sentiasa meninggalkan BackLinks ketika memberi komen.
-Dan banyak juga video2 di you tube yang mengajar cara2 mempromosikan blog contohnya Lisa Traffic Secret.
Dan apa yang dicoretkan di atas adalah pendapat dan pandangan daripada pihak kami terhadap topik yang dikemukakan oleh 2DayBlogger .Terpulang sama anda untuk setuju ataupun tidak.Jika ada silap dan salah jangan teragak-agak untuk menegur kami.Marilah kita bersama-sama bertukar-tukar ilmu.Apa kata anda?? :D
>>>>Lawat ke Topik Asal!!!
P/s kalau pembaca perasaan ini adalah entry Bahasa Malaysia yang pertama di blog IEPOV. :D
Yang Benar,
~ekkem :D
Tuesday, December 21, 2010
Kenapa blog 'saya' tidak popular macam Hanis Zalikha @ Cik Epal!!!!!
Categories : Blogging